5 Maliki merupakan kelas yang aku duduk sepanjang tahun 2010. Kelas ini merupakan aliran Sastera Ikhtisas. Banyak kenangan yang terpahat di sana. Kami mengamalkann konsep keluarga sepanjang berada di kelas 5 Maliki. Idea ini telah di cetuskan oleh abah kami sendiri, iaitu abah Azri. Kami sangat menyayangi abah Azri. Ini disebabkan sifat kebapaan yang ditonjolkan kepada kami menyebabkan kami sangat menyayanginya seperti ayah kami. Biar pun abah sudah bekeluarga dan mempunyai seorang anak, tetapi ini tidak menjadi penghalang kepada abah untuk mencurahkan sebahagian kasih sayangnya kepada semua "anak-anaknya seramai 32 orang". Abah sangat penyabar melayan kerenah kami sepanjang tahun 2010. Ini menyebabkab kami bertambah hormat dan sayang kepada abah. Foto di bawah ini merupakan saat-saat kami bersama di kelas 5 Al-Maliki.
Inialah dia abah kami yang tercinta, Abah Azri. Hensem Orangnya
Sewaktu menyambut Birthday abah
Sewaktu membaca Yassin dalam kelas.
*Jika korang ingin melihat gambar-gambar yang lain, korang boleh minta dekat aku.
No comments:
Post a Comment